Friday, January 1, 2010

ikhlaskah dikau menerimaku?.......

assalamualaikum....


selamat tahun baru masihi 2010....
kehangatan 1 Januari setiap tahun bagiku hanyalah suatu tarikh yang sentiasa beranjak... setidaknya, ku perlu sediakan year planner, kalendar dan diari baru (itupun kalo diari lama dh habis digunalaa)...
namun jauh di sudut hati, ku mengharapkan seauatu yang sentiasa lebih baik di hari2 depanku.... Ameen..


tajuk dia atas tu belum teruungkap lagi pon dengan intro tahun baru tu....



................................................


suatu suara: Rini, tulisla entry mengenai 'IKHLAS' pulak dalam blog tu....
ku : Kenapa?
suara itu : mmmmmmm........
ku : insyaALLAH...



heee baru ku sedar rupenye ada jugak silent readers blog ku ni.... maluuuu...


takpela, yang bermanfaat kita kongsi bersama, bagiku, blog ni tempat ku luahkan dan terjemahkan ape yang ku rase.... pada diriku sendiri...





ikhlas.......




teringat ku waktu mula2 ku kenal unibersiti...opss silap universiti... UITM shah alam 8 tahun lalu (sebelum ke UKM).... di situ la ku kenal 'usrah'... usrah maksudnya keluarga, suatu pertemuan kaki2 surau membincangkan segala persoalan agama berkait pula dengan kehidupan kite.... ape2 pun isi perbincangan 'usrah'... padaku yang penting usrah sentiasa menjadi peringatan pada diriku, diri orang lain yang mengikutinya.... (insan mudah lupa...)


dalam pertemuan usrah kali yang ke berapa ku lupa, kami di beri task masing2...


persoalan 'IKHLAS' menjadi topik pembentangan ku minggu depan... aduhai.... apelah yang nak ku bentang nanti, yelah selama ni datang usrah ku hanya mendengar, angguk2, dan mengantuk saja, maklumla ku bukan dari sekolah agama pun... kali ni ku diberi tugasan membentang pula.. emmmm



tiba minggu seterusnya, kakak 'naqibahku' bertanya: "Rini dah sedia?" (sambil tersenyum manis)... " InsyaALLAH dah kak" sambil muka ku pucat...

hehe almaklumlah 1st time nak bercakap ala2 ustazah depan usrati yang lain... padahal ku siap pegang buku rujukan lagi....


tak semua isi kandungan pembentanganku malam itu ku ingat, cuma beberapa points penting;

*Ikhlas ialah : " melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."

* ikhlas itu rahsia di dalam rahsia2 ALLAH, maka hanya ALLAH sahaja yang tahu ape yang ada di dalam hati kita, ikhlas ataupun tidak.

* manusia sememangnya tidak layak mengaku dirinya ikhlas, kerana ikhlas itu pakaian ALLAH...

* manusia yang mengaku dirinya ikhlas, dialah orang yang rendah ahklaknya...


emmm....


jelaslah ku bukan orag yang layak mendefinisikan IKHLAS.... ikhlas tu jauh letaknye dia dalam relung hati setiap insan...


buatmu 'suara itu'.... maaf kalau definisi Ikhlas tu sekadarnye belum sampai ke hatimu untuk menrungkai gundah gulana yang terpancar di ruang matamu itu.... ceeewahhh jiwang la plak...



walaubagaimanapun...

ku seolah olah terpanggil untuk mengaitkan ikhlas itu dengan persahabatan yang terjalin antara beberapa hati...

-ikhlaskah dia menerimaku sebagai sahabatnya?
-ikhlaskah aku sentiasa diajak berkongsi suka dan duka bersama?
-ikhlaskah dia menjadi insan yang sentiasa merungkai permasalahanku di waktu ku memerlukan?
-ikhlaskah dia di saat ini membuatkan aku keseorangan?
-ikhlaskah dia merelakan aku pergi sementara ku di dunia?
-ikhlas dia menjauhkan diri?
-ikhlaskah dia???


ku jua pernah bertanya soalan2 ini padaku sendiri....

alangkah syukurnya kita dilahirkan ISLAM, sempurna sifatnya... Islam syumul itulah mengajarkan kita betapa tinggi darjat sahabat dan persahabatan... Islam jua mengajarkan kita sentiasa berbaik sangka sesama kita... inilah kuncinya.. IKHLAS ADALAH RAHSIA ALLAH...

mengapa kita tak mampu mengiakan jawapan persoalan diatas sekiranya begini:

-ya aku ikhlas menerimamu sebagai sahabat sebagaimana yang pernah kau rasakan kehangatan persahabatan kita dahulu...
-ya aku ikhlas berkongsi denganmu suka dukaku agar tiada jurang antara kita...
-ya aku ikhlas membantumu sebagaimana ku jua mengharapkan perhatianmu di kala hatiku gundah...
-adakah kau tahu jiwaku jua terasa keseorangan di kala ini?
-jiwaku seakan tidak merelakan kau pergi meninggalkanku, ku tak terdaya mengungkapkan keresahanku...
-kau akan sentiasa dalam ingatanku, biar zahirnya kau tak terasa...
-aku ikhlas menerimamu sahabatku....


Alangkah berbunganya hatiku andai ku tahu betapa murni hatimu menerimaku, ku harap keihklasanmu beriring doa buatku... agar hidupku dirahmatiNya dunia dan akhirat....



buat sahabatku 'suara itu'.... harapanku, moga dkau kembali ceria, jangan terlalu memendam rasa... mungkin ujian dariNya ingin melihat sejauh mana kita menjaga persahabatan ini... akhir dariku....maaf jua andai ku pernah menyinggung perasaanmu....



wassalam....

No comments:

Post a Comment