Friday, December 25, 2009

khutbah jumaat...

assalamualaikum....

emmm memandangkan hari ni hari jumaat.... tambah cuti pulak, ku just duk umah je ngan bonda tercinta....menghabiskan mase bersama.... aaahhh seronoknye....


walaupun ku ni bukan lelaki (muslimin) tapi ku bersyukur sebab selalu dapat peluang dengar khutbah setiap kali jumaat... ini kerana....




rumahku ni betol2 depan masjid... (masjid kampung badak)
emmm strategik btol....


khutbah hari dengarnye pasal muslim sebagai contoh dalam segenap aspek... lebih kurang la....




firman ALLAH dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:


"Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat baik) yang makruf, dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Alllah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik."



merujuk ayat di atas, jelaslah kedudukan umat manusia yang bergelar muslim itu sangat tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Malulah kita wahai sahabat, betapa telah kita abaikan tanggungjawab kita sebagai figure untuk dicontohi orang sekeliling kita apatah lagi kepada bukan muslim. Lebih memalukan dari itu, ade segelintir umat islam sendiri yang mempamerkan sifat buruk di hadapan orang2 bukan muslim....


Alasan yang sering digunakan segelintir daripada kita adalah tiada kemampuan untuk berdakwah dan merasa diri mereka lemah. dan ada pula yang berfikiran, menjadi contoh terbaik di kalangan manusia adalah bukan tugas mereka. Barangkali kita sering terlupa dengan ayat-ayat ALLAH....

surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud:

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."


...........................


itulah sedikit sebanyak2 peringatan yang sempat ku ambil dari khutbah tadi... banyak lagi sebenarnye, tapi tibe2 speaker luar masjid tu rosak, tak dengar ape2... dengar2 je dah bace doa....


moga2 thaqafah yang sedikit itu menjadi peringatan yang berkesan buat kita semua... ameen...



..........................

sambung pula pada cerita tentang kek buah yang ku janji nak buat tu tadi....
hehehe



kaedahnye:

1. campur tepung kek dengan telur ayam gred A empat biji.... kacau dengan pemukul telur, atau mesinnye selama 3 minit.


2. masukkan 125gm majerin planta yang di beli di kedai runcit kg badak...
3. kacau dan sebatikan selama 2 minit.


4. masukkan buah-buahan (ceri hijau merah dan kismis atau jabit kering org kelate panggil). gaul rata.


5. masukkan dalam loyang kek... maaf loyangku tu dah senget skit... ok sedia untuk dibakar...


6. inilah hasilnye... sape nak esok ku bawak gi opisss... ok selamat mencube!




p/s: untuk rase yang lebih lazat, sila wuduk dulu sebelum mula masak, dan pastikan jiwa tenang dan lakukanlah seikhlas mungkin....=)


wassalam...

No comments:

Post a Comment