Friday, December 25, 2009

Perak Darul Kartun


assalamualaikum....

"Malaysia diperintah oleh para badut dan episod politik adalah kartun. Oleh itu jangan salahkan kami, kami hanya menterjemahkannya dalam kertas"




itu ayat ZUNAR dan konco2 nya dalam majalah terbaru 'PERAK DARUL KARTUN'...






bagaimana dengan anda semua pulak....




ape mentaliti, ape sensitiviti anda semua pada krisis perak ini....
tanya lah hati sendiri, ape kah kite lansung takde kaitan dengan krisis tu (lantak la diorang?!! aku tak suke politik!!!, memang semua pon giler kuase!!!??, tak ambik tahu lagi tenang jiwa!!??)....

tapi....




kite ni tetap rakyat Malaysia....
negara kita, pemimpin kita, masyarakat kita, hak kita, semua kita kene jaga....




jadilah rakyat nye yang bertanggungjawab....


kerana kita sebagai insan atau makhluk terbaik yang dicipta oleh Allah, memikul dua amanah yang penting ;

Pertama : Amanah sebagai hamba Allah, yang dituntut supaya mengabdikan diri kepadaNya.

Kedua : Amanah sebagai khalifah di muka bumi, yang di beri peranan untuk membangun insan dan alam, berpandu kepada syariat Allah Swt dengan harapan akan wujud keamanan dan kesejahteraan untuk di nikmati bersama.





apekah kite lupa????


..................




PEMIMPIN CATAKSERUKIN...oleh A.Samad Said


Pemimpin catakserukin kenangannya rimba yang subur, renungannya tajam dan cekal ke pelabuhan termasyur.

Hatinya degupan yang sentiasa menjernihi qalbu, puncak hajat memurnikan darah wira yang lebih syahdu.

Wajib dibela nasib rakyat- diurus seadil cantik, didengar rintih sedu mereka walau sesenyap bisik.

Wajar turut disaksi bumi dan insan akrab berdakap di dalam sebuah negara yang dimegahi bersikap.

Dari pemimpin patut menjadi watak tunggal berdiri, tangan dan hatinya wajib seimbang memandu kemudi.

Walau tak diperasan siapa yang berada di sisi, wajar dipantau rakyat yang tak disedari terketepi.

Pada akhir nafas dan zaman terharum bakti pemimpin waras diteliti tiap abjad sumbangannya yang tulen.

Telah terdedah ghairah bakti atau hanya pesta sorak, semuai mana benih perjuangannya subur memuncak?

Keluarga pemimpin patut ditimbang berat ringannya; disukat papa kayanya sepanjang dia berkuasa.

Dan terus dinilai murni keruh sumbangannya yang tulen agar terhakim adil tidaknya masa ia memimpin.

Kini kami terserempak sangat ramai wira haloba di tengah pemimpin catakserukin yang semakin bertambah.

Kami tersangat jarang menemui pemimpin yang syahdu walaupun kemerdekaan sudah lima dekad berlalu....



* catakserukin = cakap tak serupa bikin...


wassalam..

No comments:

Post a Comment